Sunday, August 1, 2010
Pengembangan Vokal
Kelas vokal telah dimulakan pada pertengahan tahun 1998. Kelas ini diwujudkan untuk meningkatkan mutu seni suara di kalangan para remaja dan juga orang dewasa yang berbakat dan mempunyai minat menyanyi lagu-lagu ghazal, lagu Melayu asli, keroncong dan padusuara. Ada diantara mereka telah berjaya membuat rakaman album dan menjadi artis seperti Natasha Yazir atau 'Tasha' dan Haslinda Halit atau 'Linda'. Para peserta vokal diberi latihan pengkhususan dari segi kemantapan suara, pernafasan, senaman dan membina keyakinan diri serta teknik penyampaian.
Friday, July 30, 2010
Gamelan
Gamelan berhubungan dengan dunia musik yang lengkap dengan sendirinya, musik yang telah berkembang, berasal dari jaman dahulu kala, mempunyai gaya tempatan dan variasi. Kepunyaan budaya di mana ianya dilahirkan dan tidak bergantung kepada budaya luar masa kini. Penampilannya, sangat berbéda dengan harmoni Éropah, monodi Timur Tengah atau hétérofoni Cina, membuatkannya musik asli dan mempesonakan. Ianya mempunyai segalanya yang menawar kita struktur irama yang paling membingungkan.Musik gamelan berhak mendapat tempat di sisi musik tradisi hébat dunia luar seperti di Éropah, Arab, Cina, Négro atau Amérika Latin.Musik gamelan, atau gamelan, adalah sebahagian budaya di mana tiada sebarang seni untuk kesenian, aktiviti yang terasing daripada yang lainnya.Drama, tarian, kelahiran, perkahwinan, kematian, upacara menghalau hantu, menuai, waktu lapang, sambutan majlis adalah antara peristiwa-peristiwa berlakunya permainan gamelan. Gamelan dimainkan di kuil, di istana, dalam balai sesuatu kampong, di bawah lindungan pohon beringin, sepanjang jalan kecil atau di pantai semasa perarakan dan pada hari ini juga, di téater, sekolah-sekolah dan studio-studio.
Apa maksud Ghazal?
Ghazal merupakan satu kesenian tradisional masyarakat Melayu Negeri Johor yang popular dewasa ini.Pada peringkat permulaannya, seni muzik ghazal ini disebut sebagai qamat yang bererti nyanyian dan beriuh rendah dikatakan berasal dari Tanah Arab.Pada akhir abad ke-19, apabila kerajaan Johor menjalin hubungan yang erat dengan kerajaan Riau-Lingga, beberapa orang dari golongan bangsawan Johor sering berulang-alik ke Riau. Mereka sering dihiburkan dengan permainan ghazal. Ada di antara mereka itu telah mempelajari kesenian ini dan memperkenalkan kesenian ini di istana Sultan Johor yang pada ketika itu berada di Teluk Belanga,Singapura. Di Istana Teluk Belanga, kesenian muzik ghazal ini telah mendapat perhatian daripada sultan, pembesar-pembesar negeri dan lain-lain golongan istana. Justeru itu, perkembangan ghazal ke peringkat rakyat jelata menjadi cepat dan pesat. Apabila pentadbiran Johor berpindah dari Teluk Belanga ke Tanjung Puteri, kesenian ini turut diperkembangkan dengan lebih pesat lagi di Tanah Besar Johor.
Definisi Seni
Menurut Kamus Dewan Seni didefinisikan sebagai karya (sajak, lukisan, muzik, dll) yang dicipta dengan bakat (kecekapan), hasil daripada sesuatu ciptaan.
Manakala kesenian bermaksud perihal seni, yang berkaitan dengan seni, keindahan (kehalusan).
Kesenian ini menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Dengan adanya kesenian seperti ini identiti masyarakat Melayu lebih terserlah dan dikenali ramai.
Kementerian Kebudayaan dan Kesenian telah mengambil pebagai inisiatif bagi memantapkan dan memperkembangkan lagi kebudayaan masyarakat Melayu. Kesenian bangsa Melayu telah diakui dunia sebagai unik dan menarik.

Thursday, July 29, 2010
Apa makna Keroncong?
Keroncong ialah sejenis seni muzik yang berasal dari pengaruh Indonesia. Ia mulai diperkenalkan ke Semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-19 apabila ramai pekerja buruh dari Indonesia terutama dari Jawa|Pulau Jawa ia berhijrah ke Malaysia untuk mencari pekerjaan. Penduduk dari Jawa, tidak ketinggalan juga membawa bersama kesenian mereka termasuk seni muzik gamelan, keroncong, muzik untuk wayang kulit, kuda kepang, barongan, hamdulok, katoperak dan sebagainya.
Kawasan-kawasan yang banyak terdapat kegiatan muzik keroncong adalah di tempat-tempat di mana terdapat ramai orang Jawa dan keturunannya seperti di negeri Johor, di pantai barat negeri Selangor dan Perak. Pada mulanya lagu-lagu keroncong yang dimainkan oleh orang tempatan adalah lagu-lagu yang berasal dari Indonesia.

Thursday, July 15, 2010
SENI MUZIK SEBELUM ISLAM :Diceritakan daripada al-Isfahani bahawa
raja tubba’ yang terakhir iaitu ‘Als ibn Zaid merupakan orang pertama yang menyanyi
di Yaman. Lagu-lagu sebelum islam di yaman muncul pada abad ke 19 iaitu ketika zaman al-Mas’udi yang banyak terpengaruh dengan petikan-petikan puisiibn Khurdadhbih.Rakyat Yaman pada ketika itu diperkenalkan dengan dua jenis muzik iaitu Himyari dan Hanafi. Muzik Himyari merupakan muzik yang berbentuk klasik.Antara alat-alat muzik yang digunakan adalah kebanyakkannya berasal dari arab selatan. Antaranya ialah seperti mi’zaf dan kus (dram kawah).

Subscribe to:
Posts (Atom)